Blog
Advertisements

Kerap kali kita melihat lelaki yang sudah berkahwin lepak mamak menonton bola sepak EPL sehingga larut malam.

Advertisements

Ciri-ciri lelaki berkahwin ini boleh dikesan dengan melihat perwatakannya, perut, dan jenama rokok.

Tetapi tahukah anda sebelum mereka berada ditahap itu, mereka sudah membeli jiwa isterinya seterusnya dizinkan lepak mamak sampai larut malam. Hal ini nampak macam lucu tapi hakikatnya ia norma kehidupan di seluruh dunia.

Advertisements

tunas Isteri Yang Baik Adalah Yang Mengizinkan Suaminya Lepak Mamak Layan Bola
Sumber: Penang Foodies

Duhai isteri-isteri sekalian. Pernahkah anda mendengar perkataan ME TIME? Ramai wanita diluar sana meminta izin suami masing-masing mungkin 5 kali setahun untuk ME TIME di pusat membeli belah dan lain-lain. Ada yang keluar bersama rakan wanita yang lain.

Begitulah juga bagi lelaki mereka juga inginkan ME TIME tersebut. Lelaki punya ME TIME ni biasanya melibatkan elemen-elemen ini; lepak, larut malam, epl, dan bola sepak.

Advertisements

Hubungan dan kasih sayang seorang suami akan bertambah apabila anda mengizinkan suami sekali sekala ber ME TIME di mamak. ME TIME lelaki ini biasanya memang akan melibatkan sahabat-sahabat lelaki yang lain.

Apabila seorang lelaki lepak mamak, mereka akan mengecas kepala dan tenaga mereka untuk menempuh hari mendatang dengan baik. Kasih dan sayang itu akan bertambah. Tapi ingat jika ME TIME itu hampir setiap hati itu ada maksud lain yang tersirat.

Bila suami sudah pulang, keesokan paginya tanyalah suami:

“Siapa menang semalam bang?”

Buat-buat tanya jer kemudian bagilah sepatah dua kata sebagai syarat. Lelaki ini mudah orangnya. Lelaki suka bila seorang isteri memahami kerjaya mereka sebagai pelepak tegar lagi-lagi pada waktu terdapatnya perlawanan LIGA PERDANA INGGERIS atau Liga Malaysian itu sendiri.

Selamat merenung dan beramal. Yang si suami tu tag dan kongsikan artikel ini pada para isteri sekalian. Kita semua bersaudara.

Yang benar, GTB

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram