Ads
Ivan Mamut Kembali Perkasakan Terengganu
Liga Super
Terengganu FC

Penyokong Terengganu FC ceria apabila peledak utama pasukan itu dari Croatia, Ivan Mamut kembali menyertai sesi latihan sejak semalam.

Advertisements

Ini berdasarkan satu hantaran gambar yang dimuat naik ke platform media sosial Peteh. Hantaran tersebut berbunyi, “Selamat kembali, Ivan!”

Advertisements

Sebelum ini, kelibat Mamut terpaksa disisihkan jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner selepas mengalami selepas mengalami kecederaan tendon Achilles pada pra-musim 2024/25.

Advertisements
Advertisements

Keadaan ini menyebabkan beliau terlepas beberapa perlawanan awal Liga Super. Susulan itu, Mamut kemudiannya menjalani rawatan di Croatia selama enam minggu.

Selepas pulang ke Terengganu pada 3 Jun lalu, tahap kecergasannya dinilai pasukan perubatan Terengganu bagi menentukan sama ada beliau sudah pulih atau sebaliknya.

Advertisements

Kini, beliau dilihat dapat menyertai sesi latihan pasukan itu. Meskipun tahap kecergasannya terus dipantau staf kejurulatihan Terengganu, kehadiran Mamut menceriakan penyokong.

Antara yang gembira dengan kehadiran semula beliau ialah seorang penyokong bernama Ruzaidi Cmrg. Dia berharap penyerang berusia 26 tahun itu dapat memacu kecemerlangan Peteh musim ini.

“Selamat kembali Mamut, berjuanglah demi kecemerlangan TFC. Semoga kehadiran anda memberi impak terbaik,” katanya di ruang komen Terengganu.

Turut senada dengan Ruzaidi ialah seorang penyokong lain bernama Nordin Dinz. Dia berharap Mamut dapat bangkit daripada kecederaan yang dialami dan tampil lebih cemerlang bersama Terengganu.

“Harap Ivan Mamut lebih menjadi untuk tahun 2024. Final Piala Malaysia 2023, jaringan semangat penalti untuk TFC sukar dilupakan,” ujarnya.

Advertisements

Ramai penyokong mengharapkan kelibat Mamut dapat dilihat dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala FA Terengganu menentang Perak pada 14 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram