Izwan Mahbud & Tonggak Uzbekistan Dalam Radar Akhir Sri Pahang
Transfer
Lion City Sailors FC
Advertisements

Selepas kehilangan khidmat Izham Tarmizi Roslan, Sri Pahang FC kini mengintai khidmat dua penjaga gol untuk memperkukuh bahagian tersebut.

Salah satu nama dalam radar pengurusan Tok Gajah ialah penjaga gol Lion City Sailors, Izwan Mahbud. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semalam.

Selain penjaga gol Singapura berusia 33 tahun itu, pengurusan Sri Pahang turut dilaporkan mengintai seorang penjaga gol Uzbekistan sebagai calon alternatif.

Advertisements

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, identiti penjaga gol Uzbekistan itu masih tidak didedahkan.

“Hari terakhir perpindahan (hari ini). Izwan Mahbud difahamkan dalam pelan untuk ganti Izham Tarmizi, namun Sri Pahang ada pilihan lain dari Uzbekistan. Keputusan akan dibuat dalam tempoh 24 jam,” katanya di X.

Advertisements

Izwan bukan asing dengan jurulatih Tok Gajah, Fandi Ahmad. Ini kerana Fandi merupakan jurulatih beliau semasa beraksi untuk pasukan LionsXII.

Sri Pahang kehilangan khidmat Izham selepas bekas penjaga gol kebangsaan itu memilih ingin kembali bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Selepas menyertai pasukan itu secara pinjaman pada 2023, Izham membantu Sri Pahang menduduki tempat kelima liga dengan 45 mata.

Tempoh tersebut turut menyaksikan beliau merekodkan enam rekod tanpa bolos dalam 19 perlawanan bersama Tok Gajah.

Advertisements

Sekiranya Sri Pahang gagal mendapatkan pengganti Izham, Zarif Irfan Hashimuddin dan Azfar Arif Mohd Sukri bakal menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol utama pasukan itu musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram