J Partiban Seru Pemain Muda Keluar Mencari Pasukan Baru
Dunia
Advertisements

Tonggak terbaaru Kuala Lumpur City FC, Partiban Janasekaran, menerusi laporan yang dikeluarkan oleh MFL menyeru pemain agar keluar dan berhijrah demi mencari minit permainan yang cukup.

Menurut beliau, pengalaman lampaunya berhijrah berjaya membantu dirinya untuk mendapatkan minit permainan yang ckup sekaligus meningkatkan keupayaan dirinya.

“Saya buat keputusan keluar dari pasukan Perak pada masa itu sebab mahu mendapatkan lebih banyak minit permainan dan tahun pertama saya ke Sarawak, pada mulanya memang sukar untuk memperoleh kesebelasan utama.”

Advertisements

“Namun, saya berpuas hati dapat meraih banyak pengalaman di sana dan pada tahun 2017, saya ke Terengganu, di sanalah saya dapat peluang bermainan yang cukup banyak di bawah kendalian Irfan Bakti.

“Malah, saya mampu berikan prestasi yang cukup baik semasa di Terengganu dan waktu ini rasa segala-galanya berubah dalam karier apabila semakin ramai kenal dengan saya.

“Nasihat saya kepada pemain-pemain muda jika tidak dapat minit permainan semasa di awal pembabitan karier, jangan takut ambil keputusan untuk keluar mencari cabaran baharu.

Advertisements

“Tunjukkan bakat anda dengan pasukan lain dan daripada situ akan hadir peluang yang lebih baik malah bekas pasukan sendiri akan berikan tawaran jika anda sudah mempunyai pengalaman bermain,” katanya.

J. Partiban pernah dipanggil Tan Cheng Hoe sebelum ini dalam 2 aksi perlawanan antarabangsa bersama Skuad Kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram