Advertising
J3 League: Penangan Luqman Hakim Menjadi, Yokohama SCC Ikat Matsumoto Yamaga
Asia
MakanBola
YSCC

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membantu kelab J3 League, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) kekal tanpa kalah dalam tiga perlawanan.

Ini selepas pasukan itu terikat 1-1 dengan Matsumoto Yamaga dalam perlawanan terbaru J3 League hari ini.

Selepas berjaya mencipta kejutan ke atas pasukan J2 League, Mito Hollyhock dalam J-League Cup, Yokohama SCC berharap dapat meneruskan momentum dengan Matsumoto.

Ad

Luqman turut diberi kepercayaan oleh jurulatih, Kazuki Kuranuki beraksi di bahagian hadapan bersama Jorn Pedersen.

Ad

Babak pertama menyaksikan Matsumoto selaku tuan rumah berusaha memberi tekanan ke atas Yokohama SCC bagi mendapatkan gol awal.

Malangnya, setiap percubaan mereka berjaya dipatahkan oleh penjaga gol pelawat berusia 26 tahun, Jun Kodama.

Ad
Ad

Barisan serangan pelawat diketuai Luqman dan Pedersen juga berusaha menembusi gawang Matsumoto tetapi tidak berhasil. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Yokohama SCC mula meningkatkan serangan ke atas gawang tuan rumah.

Kelincahan Pedersen berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan Matsumoto sebelum disudahkan oleh Ryotaro Matsumoto untuk gol pada minit ke-49.

Luqman kemudiannya dikeluarkan pada minit ke-57 dan digantikan oleh pemain tengah, Ryohei Wakizaka.

Matsumoto hampir merapatkan jurang menerusi pemain tengah, Ryuhei Matsumoto pada minit ke-70. Bagaimanapun, percubaannya tersasar dan tidak mencemaskan Kodama.

Tuan rumah akhirnya mendapat talian hayat apabila dianugerahkan sepakan penalti. Penalti tersebut mudah disempurnakan Hayato Asakawa menewaskan Kodama pada minit ke-79.

Matsumoto berusaha memberi tekanan ke atas pelawat tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini dijangka mendorong Yokohama SCC untuk mendapatkan kemenangan ke atas Imabari pada 16 Mac hadapan.