Jaami Qureshi Bagi ‘Hint’ Akan Wakili Pasukan Iraq
Dunia
jaamiqureshi
Advertisements

Skuad kebangsaan tampaknya sudah boleh melupakan khidmat pemain kacukan, Jaami Qureshi yang kini memberi bayangan bakal mewakili skuad kebangsaan Iraq.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pervis di dalam laman sosial Instagram, beliau berkata bahawa pihak FAM tidak menunjukkan minat terhadap khidmat Jaami Qureshi.

Malah, tiada sebarang komunikasi atau jemputan rasmi yang dibuat oleh pihak FAM. Oleh itu, beliau menganggap bahawa Malaysia tidak memerlukan khidmatnya.

Advertisements

Pervis dalam pada itu menyatakan bahawa beliau menghargai peminat Malaysia. Namun, tiada tindakan yang dibuat oleh FAM untuk memanggil Jaami ke dalam kem kebangsaan.

“Malangnya Fam tidak berminat untuk menjemput Jaami langsung, mereka tidak membuat sebarang hubungan dan tiada aktiviti dari pejabat mereka oleh itu tiada pilihan, kami akan meredakan penghargaan kepada peminat Malaysia tetapi apa yang boleh kami lakukan,” jelas Pervis.

Untuk pengetahuan, Jaami Qureshi boleh beraksi bersama tiga negara iaitu Iraq (Bapa), Malaysia (Ibu) dan juga England dimana tempatnya dilahirkan.

Advertisements

Untuk rekod, Jaami kini sedang beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram