Jacob Joseph: Dulu Malaysia Kena Belasah 14-0, Apa Yang Dia Buat?
Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan bola sepak wanita negara, Jocob Joseph baru-baru ini telah menunjukkan reaksi kurang senang berikutan kritikan terhadap prestasi pemain-pemainnya.

Seminggu yang lalu, bekas pemain bola sepak wanita kebangsaan, Normala Abdul Rashid telah mengkritik prestasi pasukan Malayan Tigress di salah sebuah portal sukan. Normala menyifatkan skuad bola sepak wanita negara masih belum mempamerkan permainan pada tahap yang sepatutnya.

Mengulas lanjut komentar tersebut, pengendali Malayan Tigress Jocob Joseph sekaligus mempersoal tindakan Normala suatu ketika dahulu sepanjang berada di FAM tentang hala tuju pasukan wanita negara.

Advertisements

“Masa dia (Normala) dulu pasukan negara tewas teruk 14-0 kepada Thailand dan kalah dengan jumlah yang besar kepada pasukan lain termasuk Vietnam dalam Sukan SEA 2009, apa yang dia buat?

Jacob menyatakan bahawa beliau sama sekali tidak tidak tahu apa yang dilakukan Normala dua kali ketika menggalas jawatan di FAM. Jacob menganggap projek pembangunan bola sepak wanita tidak berjalan dengan baik sejak dahulu lagi.

“Saya tak tahu apa yang dia buat ketika duduk dekat FAM dulu, bukan sekali, tapi dua kali. Sekarang dia nak kritik pasukan, kalau dia betul-betul buat projek (pembangunan untuk bola sepak wanita) sejak 2006, sekarang saya fikir tiada masalah.”

Advertisements

Pengendali skuad bola sepak wanita kebangsaan itu turut menzahirkan rasa kecewanya atas reaksi Normala tempoh hari. Jacob jujur menyatakan bahawa kritikan sebegini tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas pemain bola sepak dan bekas pegawai FAM.

“Selama ini dia banyak buat kritikan saya diam saja, tapi kali ini kritikan dia sebagai bekas pemain kebangsaan dan pernah kerja di FAM saya tak boleh terima. Malah, kalau orang lain yang cakap (kritik), saya akan buat tak tahu.”

“Pemain penat sampai menangis ketika berlatih, akhirnya anda cakap mereka tak ada standard. Dia patut beri komen lebih positif, komen dia itu tidak bagus.”

Advertisements

“Inilah masanya kita nak bagi sokongan pada mereka (pemain), bukan kritikan. Jangan anda sebagai bekas pemain kebangsaan dan pernah kerja di FAM, anda cakap bola sepak wanita kebangsaan tiada standard,” kata Jacob kepada Berita Harian.

Minggu lalu, pasukan Malaysia telah tewas keatas Thailand 0-4 pada aksi pertama saingan kumpulan H sebelum berjaya mengatasi Palestin 2-0. Sebagai rekod, Normala sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Unit Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2006-2008 dan 2016-2018.

Berbekalkan latihan selama 25 hari bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia kali ini, skuad bola sepak wanita kebangsaan jelas telah menunjukkan peningkatan dan memperagakan aksi yang cemerlang. Mereka berjaya mempamerkan aksi yang berkualiti dalam kedua-dua perlawanan. Usaha keras setiap pemain serta pegawai yang terlibat wajar diberikan pujian.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram