Jadikan Faisal Halim Tunjang Utama Pilihan Tepat Kim Pan-gon

faisal halim kim pan gon khairul makanbola Jadikan Faisal Halim Tunjang Utama Pilihan Tepat Kim Pan-gon
Khairul / MakanBola
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Aksi sulung kempen kelayakan Piala Asia 2023 antara pasukan Malaysia dan Turkmenistan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan Malaysia meraih tiga mata apabila menundukkan pasukan Turkmenistan 3-1.

Kelibat pemain sayap kebangsaan, Muhammad Faisal bin Abdul Halim yang menjadi nadi kepada kemenjadian pasukan Kim Pan-gon telah mendapat respon positif daripada peminat bola sepak tempatan.

Pemain yang bertubuh kecil ini berjaya menjaringkan satu gol sekaligus membawa kemenangan bergaya buat pasukan negara. Pada minit ke-15 permainan, kesilapan serta kealpaan pertahanan Turkmenistan telah memberi peluang buat Faisal Halim meledak.

Beliau kelihatan sangat selesa untuk mendominasi posisi pemain sayap kiri dengan membentuk gandingan sempurna bersama Darren Lok dan juga Arif Aiman.

Pemain berusia 25 tahun ini tidak mensia-siakan peluang terhidang apabila tekanan skuad kebangsaan terhadap barisan pertahanan Turkmenistan menjadi pencetus kepada gol kedua negara.

Dalam perlawanan semalam, Faisal Halim turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Kini skuad Kim Pan-gon sedang mendahului carta kedudukan Kumpulan E dan bakal bertemu Bahrain pada aksi kedua kempen kelayakan Piala Asia pada Sabtu.