Jafri Chew Tutup Mulut Pengkritik, Jaringkan 2 Gol Cantik
Dunia
Penang FC
Advertisements

Bekas penyerang muda negara, Jafri Firdaus Chew kembali mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan selepas beliau berjaya membantu Penang FC menang besar keatas Kelantan United dalam siri perlawanan persahabatan semalam.

Jafri yang baru sahaja bergelar seorang suami pada 15 Oktober lalu berjaya meledak dua gol cantik setelah sekian lama tidak diturunkan. Aksi berbisanya di dalam padang turut dirindui beberapa penyokong Harimau Kumbang.

Dalam perlawanan semalam, seawal minit ke-7 permainan Penang Fc telah membuka akaun jaringan menerusi Jafri Chew. Hantaran lintang daripada sepakan penjuru berjaya ditanduk kemas oleh Jafri sekaligus menewaskan penjaga gol lawan.

Advertisements

Selang beberapa minit selepas itu, Jafri sekali lagi hadir menambah bisa pasukan Penang FC apabila beliau menjaringkan gol kedua perlawanan. Hantaran cantik daripada Al-Hafiz Harun mudah disempurnakan Jafri Chew. Tandukan itu sekaligus meletakkan tuan rumah dihadapan dengan 2-0 di separuh masa pertama perlawanan.

Masuk babak kedua permainan, Penang FC hadir dengan jaringan ketiga menerusi Saarvindren. Sepakan deras Saarvindren cantik masuk dan menggegar jaring. Kombinasi serta gerakan yang dicetuskan barisan serangan skuad tuan rumah berjaya menghukum pasukan pelawat.

Sebelum wisel penamat ditiupkan hantaran David Rowley pantas disumbat masuk Amer Azahar pada minit ke-92 permainan. Amer berjaya mencatat nama sebagai penjaring keempat perlawanan sekaligus memberikan kemenangan buat Penang FC 4-0.

Advertisements

Kemenangan skuad kendalian Thomas Trucha semalam turut diserikan dengan ledakan daripada Jafri. Khidmat Jefri Chew pasti akan terus ditagih bagi saingan Piala Malaysia selepas pemain itu dilihat semakin yakin dan sudah mula mendapat rentak.

Sebagai rekod, kali terakhir Jafri Chew diturunkan adalah pada April lalu ketika skuad kendalian Thomas Trucha menewaskan Sri Pahang FC 3-0 dalam saingan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram