Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias kembali ke Argentina dengan tiga misi besar.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Club Atlético Vélez Sarsfield secara pinjaman selama 6 bulan daripada kelab Harimau Selatan.
Beliau akan berada di Velez sehingga Disember 2024 dengan pilihan untuk kelab tersebut mendapatkan khidmatnya secara kekal.
Jalil memaklumkan bahawa keputusan untuk menyertai kelab Argentina Primera Division itu tidak sukar susulan kualiti yang dimiliki oleh kelab tersebut.
“Apabila Velez menghubungi saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat keputusan kerana kelab ini membuat perkara yang bagus setiap hari.
“Memilki pasukan yang bagus, pemain bagus dan warga yang bagus,” jelas Jalil Elias.
Pemain kebangsaan Syria itu menyimpan tiga hasrat besar setelah kembali menabur bakti di Argentina selepas beberapa bulan ke Malaysia.
“Saya memasang tiga azam apabil tiba di sini. Pertamanya adalah untuk bermain, melakukan debut bersama Velez dan keduanya untuk beraksi dalam kejohanan antarabangsa dan saya rasa berada pada landasan terbaik untuk melakukannya.
“Yang ketiganya, saya simpan untuk dirinya sendiri,” jelasnya.
Jalil hanya sempat beraksi hanya 69 minit di Liga Malaysia ketika menentang Negeri Sembilan dan tidak berada dlm skuad pada baki 10 aksi berikutnya.