Advertising
Jalil Elias Dikaitkan Kembali Ke San Lorenzo
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias kini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lamanya, San Lorenzo.

Selepas tamat tempoh pinjaman bersama juara Argentine Primera Division, Velez Sarsfield, nama pemain berusia 28 tahun itu dikaitkan dengan beberapa kelab.

Ad

Salah satu kelab yang dikaitkan dengan Elias ialah Atletico Belgrano. Kelab itu memiliki pilihan sama ada mendapatkan beliau secara pinjaman atau menerusi perjanjian pra-kontrak.

Ad

Kini, San Lorenzo berharap dapat membawa bekas jeneral tengah mereka kembali beraksi di Estadio Pedro Bidegain.

Elias bukan asing dengan Los Santos kerana pernah beraksi untuk pasukan itu dari 2020 hingga 2023. Beliau merekodkan 117 penampilan, lima gol dan tiga bantuan gol.

Ad

Walau bagaimanapun, bukan mudah buat San Lorenzo mendapatkan khidmat Elias. Ini kerana menurut wartawan sukan Argentina, Leandro Alves, mereka perlu menjual seorang pemain atau membatalkan hasrat membawa masuk penyerang Colombia, Oswaldo Balanta.

Ad

Balanta ketika ini sedang menjalani sesi percubaan dengan San Lorenzo untuk meraih kontrak tetap bersama kelab Argentina itu.

Ad

Los Santos ketika ini dalam proses perbincangan dengan Harimau Selatan. Mereka berharap dapat membawa Elias secara pinjaman selama semusim dengan JDT membiayai kos gajinya sepanjang tempoh itu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments