Ketibaan perancang tengah berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias sememangnya menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air.
Pemain berusia 27 tahun itu berpindah dari Liga Primera Argentina untuk menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2024.
Perancang tengah versatil ini menjadi tunjang utama buat pasukannya, San Lorenzo dengan kebolehan untuk beraksi pada beberapa posisi bakal memberi kelebihan besar buat pasukan.
Menerusi perkongsian foto di Instagram Story, pemilik kelab JDT, DYAM TMJ ada memuat naik sekeping foto yang memaparkan pertemuan antara baginda dan juga Jalil Elias sudah pun berlaku.
Pemain Argentina itu juga ada memuat naik fotonya di gimnasium untuk terus mula berlatih secara sendirian bagi mengekalkan tahap kecergasannya bagi musim baharu.
DYAM TMJ sebelum ini memaklumkan mengenai perancangan JDT untuk membawa masuk kira-kira lima muka baharu dengan tiga tonggak import menjadi sasaran kelab.
Kehadiran Jalil juga menguatkan desas-desus tentang perpindahan keluar beberapa pemain import untuk membentuk sebuah skuad yang lebih ampuh.
JDT bakal bertemu BG Pathum dan Penang FC bagi dua aksi terakhir musim 2023 sebelum membuka lembaran bagi musim 2024.