Jamal Nasir ‘Keliru’ Dengan Nasib Jurulatih Bertauliah
Dunia
MakanBola
zulkepli osman
Advertisements

Jurulatih boleh disifatkan sebagai tulang belakang bagi sesebuah pasukan dalam konteks sukan bola sepak. Pentingnya untuk mendapatkan gelaran jurulatih bertauliah demi menambah penguasaan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu perkara.

Menurut satu kenyataan daripada bekas pemain kebangsaan, Jamal Nasir, beliau akui sedar bahawa dalam arena bola sepak di Malaysia gelaran jurulatih bertauliah seolah-olah mudah untuk diperolehi. Beliau menyatakan terdapat segelintir pihak yang tidak memandang serius berkenaan perkara ini.

Advertisements

Tambah Jamal, beliau berpendapat jika jurulatih bertauliah yang sememangnya layak untuk mengendali sesebuah pasukan akan terus diabaikan. Maka, jurulatih yang jenis ‘wayang’ akan terus berleluasa.

“Saya dapati perkara ini sudah lama berlaku dalam kancah bola sepak tanah air yang kini bertaraf profesional, persoalannya adakah pihak peneraju bola sepak negara tidak mengetahui atau buat-buat tak tahu.

Advertisements

“Sekiranya perkara ini terus berlarutan tanpa sebarang tindakan, nasib jurulatih bertauliah akan terus terabai dan tercicir di pentas bola sepak negara,” kata Jamal kepada Harian Metro.

Jamal dalam pada itu menyifatkan bahawa jurulatih tidak ‘bertauliah’ akan mendatangkan keburukan dari segi pembangunan bola sepak Malaysia sekaligus menyebabkan hilangnya identiti sebenar skuad kebangsaan di pentas antarabangsa

Advertisements

“Akhirnya corak permainan bola sepak lebih berkualiti tidak dapat dipamer pemain yang dibentuk oleh jurulatih tidak bertauliah.

“Kesannya boleh kita lihat hari ini apabila pasukan bola sepak negara gagal menyerlah di pentas antarabangsa, skuad Harimau Malaya yang diharap menyerlah kecundang di tengah.

Advertisements

News Comments Account