James Okwuosa Kereta Kebal Baharu Kuching City
Transfer
Kuching City FC
Advertisements

James Okwuosa sah bergelar pemain baharu Kuching City bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Pemain pertahanan berpengalaman ini bakal menjadi kereta kebal baharu Kuching City setelah bersama PDRM pada musim lalu.

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharil pastinya mendambakan kehadiran pemain ini di bahagian pertahanan pasukan setelah Kuching City merekodkan 51 bolos dalam saingan Liga Super musim lalu.

Advertisements

James Okwuosa yang kini berusia 34 tahun telah diturunkan dalam 24 perlawanan liga pada musim lalu dan berjaya mencatat 3 gol serta 1 bantuan jaringan.

James Okwuosa bakal bergandingan dengan Rodney Celvin di posisi pertahanan tengah Kuching City bagi membentuk pertahanan ampuh untuk musim hadapan.

Pemain berkaki kiri ini berketinggian 1.88 meter dan turut mempunyai kekuatan fizikal untuk memenangi perebutan bola.

Advertisements

Selain James Okwuosa, Kuching City telah membawa masuk Tchetche Kipre, Rodney Celvin, Shamie Iszuan dan Shahril Saari.

Kehadiran beberapa pemain yang berpengalaman pada musim ini menunjukkan bahawa Kuching City serius mempersiapkan pasukan dan bakal menjadi salah satu pasukan yang tidak boleh dipandang rendah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram