Advertisement
Janji Luqman Hakim Kepada Penyokong Yokohama SCC
Asia
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsuddin berikrar dapat memberikan yang terbaik buat para penyokong Yokohama Sports & Culture Club (YSCC) sepanjang tempoh beliau bersama kelab itu.

Perkara itu dinyatakan Luqman menerusi satu perkongsian di Instagram Story YSCC hari ini.

Bekas penyerang muda Selangor FC itu telah melengkapkan perpindahan pinjaman selama semusim dari KV Kortrijk ke YSCC semalam.

Sebelum ini, Luqman juga turut dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik dari Februari hingga Disember 2023.

“Saya gembira datang ke Yokohama SCC. Saya berharap dapat beri yang terbaik (kepada kelab) untuk musim ini. Saya gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Yokohama.

“Buat para penyokong Yokohama, saya berharap anda sentiasa menyokong pasukan. Saya harap anda dapat menerima saya,” katanya.

Kelibat Luqman dijangka dapat dilihat buat kali pertama dalam saingan J3 League apabila YSCC berdepan Kataller Toyama pada 23 Februari ini.