Jarang Di ‘Highlight’, Leandro Velazquez Jantung Kemenjadian JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perancang utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velasquez berjaya memahat nama selaku penjaring dalam pertembungan antara JDT menentang Ulsan Hyundai.

Leandro telah membuka akaun jaringan buat JDT seawal minit ke-5 permainan. Sepakan percuma yang diberikan pengadil telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemain kelahiran Argentina itu apabila ledakan sempurna daripada Leandro gagal diselamatkan penjaga gol Ulsan Hyundai, Jo Hyeon-woo.

Percubaan Leandro cantik ke bucu kiri gawang menerusi Leandro telah menggegar jaring sekaligus meletakkan JDT mendahului dihadapan.

Advertisements

Statistik perlawanan turut membuktikan pemain ini berjaya kemudi bahagian tengah JDT dengan sangat baik. Peranan Leandro sebagai perancang utama terbukti apabila mencatatkan sebanyak 46 hantaran, 6 percubaan, 73 sentuhan dan 1 ledakan.

Bermain sepanjang 90 minit permainan menjadikan pemain ini duri dalam daging buat JDT. Anak buah kendalian Benjamin Mora meraih mencatat kemenangan keatas Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1. Harimau Selatan muncul sebagai kelab pertama Malaysia yang melayakkan diri ke pusingan kedua di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL). 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram