[Video] Jaringan Penyamaan ‘Ala Maradona’ Khyril Muhymeen Dikesan
Dunia
MFL
Advertisements

Perlawanan Piala Malaysia yang melibatkan pertemuan antara pasukan PJ City FC yang melayan kunjungan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berkesudahan dengan keputusan memihak kepada pasukan pelawat dengan keputusan 2-1.

Sungguhpun pasukan tuan rumah mendahului pada awal permainan, ia nyata tidak melemahkan semangat anak buah Benjamin Mora untuk bangkit meraih dua jaringan yang disempurnakan oleh Bergson dan juga Mauricio sekaligus meletakkan pasukan JDT dalam kedudukan yang selesa.

Sungguhpun begitu, perkara yang menarik perhatian peminat bola sepak tanah air apabila melihat aksi yang ditampilkan pada babak akhir permainan menerusi penyerang berpengalaman mereka, Khyril Muhymeen Zamry dalam usaha untuk mencari gol penyamaan.

Advertisements

Ini susulan tindakan bekas bintang Kedah itu memanfaatkan penciptaan peluang untuk menyamakan kedudukan namun hantaran lintang rakan sepasukan telah ditampan oleh pemain berusia 34 tahun itu dengan menggunakan tangan sungguhpun beliau telah menghulurkan kepalanya bagi melakukan tandukan.

Jaringan minit akhir ini mendapat bantahan oleh barisan pertahanan JDT yang menyaksikan bola terkena tangan Khyril dan pengadil turut melayangkan kad kuning kepada pemain tersebut.

Ini sekaligus menyaksikan usaha untuk menyamakan kedudukan tidak berhasil sekaligus memberi kehampaan kepada tuan rumah meraih sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan tersebut.

Advertisements
https://youtu.be/jm4_c_PVAvo
YouTube: Mikir Gano

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram