Jaringan Berkelas Dunia Faisal Halim Disudahi Dengan Sujud Syukur
Dunia
Terengganu
Advertisements

Aksi keenam saingan Liga Super 2022 yang membabitkan pasukan Terengganu menentang pasukan Selangor telah berkesudahan dengan kemenangan milik pasukan Terengganu dengan keputusan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu itu menyaksikan pemain sayap Terengganu, Muhammad Faisal bin Abdul Halim berjaya memperagakan persembahan memukau dalam perlawanan semalam.

Pemain licik ini berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-20 permainan setelah percubaan cantiknya terus menggegar jaring. Sepakan kencang menerusi kaki kanan Faisal telah menggagalkan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid untuk menepis bola keluar.

Advertisements

Apa yang lebih menarik, setelah jaringan tersebut dihasilkan, Faisal Halim meraikan gol tersebut dengan sujud syukur. Tindakan pemain yang mesra digelar Miki ini merupakan salah satu cara buat beliau menzahirkan rasa syukurnya kepada Tuhan.

Dalam pada itu, Faisal Halim ketika karnival Dakwah Melalui Sukan Bola Sepak anjuran Terengganu FC pada Februari lalu sempat menyatakan hasratnya kepada pendakwah terkenal, Ustaz Haslin Baharin untuk meraikan jaringan dengan sujud syukur.

“Apa yang boleh saya katakan, saya dapat ilmu malamni. Lepasni saya jaringkan gol saya tak buat ‘Siu’ dah Ustaz, saya sujud pulak ustaz, insyaAllah,” ujar Faisal.

Advertisements

Faisal tepati janji dan berjaya menunaikan hasratnya itu. Jaringan berkelas dunia Faisal memastikan pasukan kendalian Nafuzi Zain menang bergaya di laman sendiri. Gol kedua Terengganu pula hadir menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Tchetche Kipre.

Terengganu bakal bertemu pasukan Negeri Sembilan dalam kempen Piala FA pada 29 April kelak sementara melayan kunjungan pasukan KL City bagi aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2022 pada Jun. Terengganu kini berada di kedudukan ketujuh, meraih 6 mata secara keseluruhannya setelah 4 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram