Jaringan Negeri Sembilan Berdepan Terengganu Dipersoal
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Keputusan seri 1-1 Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC diselubungi kontroversi susulan gol penyamaan yang dijaringkan pemain import pelawat, Herold Goulon diterima.

Tatkala tuan rumah sudah bersedia meraikan kemenangan kelapan dalam liga, Goulon memastikan Hoben Jang Hoben pulang dengan satu mata pada minit ke-88.

Bagaimanapun, ramai pemain Terengganu FC membantah keputusan pengadil Khairulsyahmi Ahmad Khalidi membenarkan gol tersebut selepas merujuk dengan pembantu pengadil.

Advertisements

Bantahan dibuat atas alasan bola yang ditanduk Goulon tidak melepasi garisan gol. Sementara ulang tayang gol tersebut juga gagal menentukan bola sudah melepasi garisan atau tidak.

Walaupun dibantah keras pemain-pemain Peteh, Khairulsyahmi kekal dengan keputusannya mengiktiraf gol skuad Rusa.

Jurulatih skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner mengakui tidak tahu sama ada gol skuad Rusa itu patut dikira atau tidak. Namun begitu, kesungguhan Negeri Sembilan FC mendapatkan satu mata mendapat pujian daripada beliau.

Advertisements

“Selepas gol tersebut (gol Ivan Mamut), saya tak melihat apa-apa perkara yang membawa kepada gol (penyamaan Negeri Sembilan FC). Tapi pada saat akhir, Sony (Norde) ada peluang jaringkan gol (tetapi gagal).

“Babak kedua kita pasukan yang lebih baik tetapi kalau kita mahu menang, kita mesti bermain 90 minit seperti itu dan bukan 45 minit.

“Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana berjaya mencuri satu mata. Kita perlu lihat dan kaji apa kita boleh buat selepas ini,” katanya dalam temubual pasca-perlawanan hari ini.

Advertisements

Keputusan seri 1-1 ini menyaksikan skuad Penyu kekal naik ke tangga keenam liga dengan 26 mata. Tetapi kedudukan tersebut boleh berubah sekiranya KL City FC menewaskan Kelantan FC esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram