Rafieq Al Amzar Jaringkan Gol Pertama di NK Zvijezda Gradačac
Dunia
Advertisements

Penyerang berasal dari Malaysia, Mohd Rafieq Al-Amzar Zulkifeli yang sebelum ini menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen ke-2 Liga Bosnia & Herzegovina (FBiH) hanya memerlukan kurang seminggu untuk membuktikan kemampuannya setelah berjaya menjaringkan gol dalam satu perlawanan persahabatan.

Penyerang berusia 18 tahun kelahiran Selangor ini merupakan graduan Sekolah Sukan Pahang dan beliau juga terpilih untuk menyertai Program TH Global Football Camp yang dijadualkan diadakan di Bandar Madrid, Sepanyol namun ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Rafieq Al-Amzar yang dimasukkan pada babak ke-2 perlawanan membuat nukilan kaki ke atas sekaligus menewaskan penjaga gawang Reprezentacua Grada Gradacac pada minit ke-51.

Advertisements

Selain itu Rafieq juga berjaya melakukan dua assist untuk pasukan NK Zvijezda Gradačac menjadikan keputusan akhir perlawanan memihak kepada NK Zvijezda dengan 5 jaringan berbalas kosong.

NK Zvijezda bakal bertemu FK Buducnost pada 14 Ogos 2021 di tempat lawan untuk aksi liga PRVA Liga FBiH.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram