EPL: 2 Jaringan Ronaldo Sambut Kebangkitan Manchester United Atasi Newcastle
EPL
Manchester United
Advertisements

Keputusan Ole Gunna Solkjaer meletakkan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama menentang Newcastle membuahkan hasil selepas Ronaldo berjaya menjaringkan dua gol penting sekaligus memberikan 3 mata penuh buat Manchester United di Old Trafford.

Ketika permainan separuh masa pertama kelihatan akan berakhir tanpa jaringan, Cristiano Ronaldo berjaya memecahkan kebuntuan jaringan pada masa kecederaan menjadikan keputusan 1-0 memihak kepada tuan rumah.

Ronaldo yang kelihatan sedikit ‘malu’ dalam aksi pertamanya menggunakan 45 minit pertama dengan baik untuk mencari keserasian bersama rakan sepasukannya.

Advertisements

Tonton video Manchester United 4-1 Newcastle United

Masuk babak kedua, Newcastle meningkatkan serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi jaringan Javier Manquillo menerusi satu serangan balas.

Impak segera Ronaldo berganda selang 6 minit kemudian sekaligus menggegarkan Old Trafford dengan jaringan keduanya bersama The Red Devils selepas berjaya membuat larian dari sebelah kiri.

Advertisements

Magis ‘Portugal’ berterusan menerusi jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-80 menerusi satu hantaran jauh De Gea yang disambut baik Mason Greenwood menjadikan kedudukan 3-1 memihak kepada Manchester United.

Kemasukan Lingaard memberikan tekanan kepada pasukan pelawat dan beliau turut berjaya menjaringkan gol menerusi satu tuisan cantik pada minit ke-92 menjadikan kedudukan 4-1 memihak kepada Manchester United.

Perlawanan berakhir dengan Manchester United membenam Newcastle 4-1 di hadapan hampir 80,000 penyokong di Old Trafford.

Advertisements

Manchester United kini menduduki tangga teratas Liga perdana Inggeris selepas 4 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram