Advertisement
Jawapan TMJ Tentang Kemasukan Chico Geraldes Ke JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ telah memberi jawapan mengenai kemasukan bintang baharu JDT, Fransisco Geraldes.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan rekrut terbaru pasukan Harimau Selatan selepas mengumumkan ketibaan Jalil Elias tempoh hari.

Beliau juga diberikan peranan besar apabila bakal memakai jersi nombor 10 yang sebelum ini digalas oleh pemain kelahiran Argentina, Leandro Velazquez.

Pemain yang dinilai pada tanda harga 2.5 juta Euro (RM12.73 Juta) ini bakal memberikan saingan kepada pemain seperti Juan Muniz, Afiq Fazail, Nazmi Faiz dan ramai lagi pada posisi tengah pasukan.

JDT juga bakal beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bagi tahun 2024 sebagai wakil tunggal Malaysia sekaligus mahu memantapka lagi pasukan.

Menerusi satu hantaran oleh laman Johor Southern Tigers, baginda sempat meninggalkan komen untuk menyambut kehadiran bekas pemain Sporting CP ini ke Malaysia bersama JDT.

Baginda memberi bayangan bahawa projek baharu di JDT akan bermula selepas kelab mengumumkan penjimatan perbelanjaan sebanyak 40 peratus tahun ini.

“Selamat datang Chico. Era baharu, projek baharu. Lebih banyak lagi akan datang,” ujar DYAM TMJ.

JDT juga sebelum ini telah melepaskan beberapa pemain utama seperti Fernando Forestieri, Leandro Velazquez dan ramai pemain tempatan sebagai langkah penjimatan.

Copy of Untitled Design 7 Jawapan TMJ Tentang Kemasukan Chico Geraldes Ke JDT

Sepanjang beraksi bersama FC Baniyas di UAE, beliau berjaya merekodkan tiga bantuan jaringan dalam 14 perlawanan yang diharunginya.