JDT Akan Hadapi Aksi Persahabatan Menentang Bekpes Hot
Hiburan
JST & HOT FM
Advertisements

Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melayan kunjungan pasukan daripada radio nombor 1 Malaysia, Bekpes Hot.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat laman media sosial rasmi Hot FM, JDT bakal berentap dalam satu aksi persahabatan dengan Geng Bekpes Hot. Perlawanan itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada minggu hadapan.

Penyampai-penyampai radio di segmen pagi Hot FM, Johan, Khairy Jamaluddin (KJ) dan AG dijangka membarisi dan memperkuat barisan skuad Bekpes Hot.

Advertisements

Perlawanan ini pastinya dinantikan ramai pihak yang mana ia melibatkan pertembungan antara radio nombor satu di Malaysia dan kelab bolasepak nombor satu di Malaysia. Aksi ini bakal berlangsung pada Rabu, 13 Disember 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT dalam pada itu pada Jumaat akan turun dalam satu aksi penting untuk pemburuan gelaran juara Piala Malaysia 2023 berdepan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada Selasa 12 Disember pula, skuad kendalian Esteban Solari akan beraksi dalam aksi terakhir saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 berdepan BG Pathum sebelum melayan kunjungan skuad Bekpes Hot pada Rabu jam 5.30 petang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram