JDT Akan Lancarkan $JDT Fan Token Di Socios.com Pada 5 Julai Ini
Bisnes
JOHOR Southern Tigers
  • 50,000 $JDT Fan Tokens akan tersedia di aplikasi penglibatan dan ganjaran Socios.com melalui ‘Fan Token Offering’ (FTO®️) yang akan bermula pada jam 6.00 petang waktu tempatan (GMT+8).
  • The $JDT Fan Token akan membolehkan para penyokong Harimau Selatan di seluruh dunia berhubung
    dan terlibat dengan pasukan secara lebih aktif, menyertai keputusan melibatkan pasukan melalui ‘Fan
    Polls’ (undian penyokong) dan ganjaran eksklusif serta pengalaman sekali seumur hidup.
  • JDT adalah pasukan pertama Malaysia melancarkan Fan Token, menyertai senarai beberapa pasukan bola sepak gergasi di Eropah dan Amerika Latin.
Advertisements

22 JUN 2023: Juara Liga Super Malaysia sembilan kali berturut-turut, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melancarkan JDT Fan Token rasmi mereka di aplikasi penglibatan dan ganjaran Socios.com pada 5 Julai.

50,000 $JDT Fan Token akan tersedia pada $1 menerusi ‘Fan Token Offering’ (FTO®️) yang akan bermula pada jam 6.00 petang waktu tempatan (GMT+8), dengan pembelian dihadkan kepada 100 JDT Fan Tokens dalam tempoh 24 jam pertama bagi memastikan seramai mungkin penyokong JDT dapat mengakses peluang unik ini.

JDT Fan Token akan menyediakan platform baharu untuk para penyokong Harimau Selatan di seluruh dunia untuk berhubung dan terlibat dengan pasukan melalui aplikasi Socios.com, membolehkan mereka mengambil bahagian dalam menyertai keputusan melibatkan pasukan seperti rekabentuk produk dan fasiliti atau pun lagu sambutan di dalam stadium dengan cara melakukan undian, menikmati kandungan istimewa, promosi dan diskaun serta akses kepada ganjaran eksklusif, daripada baju ‘match worn’ hingga tiket VIP dan pengalaman sekali seumur hidup seperti sesi ‘meet and greets’ bersama para pemain serta legenda.

Advertisements

Sejurus selepas FTO®️ bermula, Fan Poll pertama akan dilancarkan menerusi Socios.com, dimana penyokong yang memiliki sekurang-kurangnya satu (1) $JDT Fan Token akan layak mengundi. Topik berkaitan undian tersebut akan didedahkan tidak lama lagi.

Satu (1) $JDT Fan Token sudah memadai untuk mengundi dalam semua undian yang dilancarkan oleh JDT dan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai ciri bertema JDT di Socios.com, tetapi semakin banyak token $JDT Fan Tokens dimiliki, semakin tinggi pengaruh dan semakin banyak peluang untuk mendapat ganjaran.

Manfaat menjadi pemegang JDT Fan Token berkembang melangkaui aplikasi Socios.com. Dengan memiliki $JDT Fan Tokens, anda akan menerima diskaun dan promosi istimewa dalam pelbagai perniagaan di Malaysia, termasuk restoran (KFC, Woodfire, Coppola), pawagam (GSC) dan taman hiburan (xPark).

Advertisements

Dikuasakan oleh Chiliz, ‘blockchain’ sukan, Socios.com ialah platform yang secara terus kepada pengguna (D2C) yang menggunakan teknologi ‘blockchain’ untuk menyediakan organisasi sukan terkemuka dunia dengan alat untuk melibatkan diri dan memberi ganjaran kepada ‘fanbase’ global mereka. Aplikasi Socios.com kini menjadi tuan rumah kepada komuniti digital global dengan hampir 2 juta penyokong dari 160 negara berbeza.

Lebih 150 organisasi dari 25 negara dan 10 jenama berlainan ‘sport verticals’ telah bekerjasama dengan Socios.com sejak aplikasi itu dilancarkan pada 2019. Antara senarai itu termasuk pasukan bola sepak gergasi Manchester City, FC Barcelona, Paris Saint-Germain, Arsenal FC, Atlético Madrid, Corinthians dan Palmeiras, dan pelbagai lagi. JDT merupakan pasukan Malaysia pertama yang menyertai senarai global platform tersebut.

Alistair Edwards, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berkata: “Penyokong kami amat bermakna bagi JDT dan $JDT Fan Token akan membolehkan kami berada lebih dekat dengan mereka berbanding sebelum ini serta memberi ganjaran kepada mereka di atas kesetiaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kami gembira dengan pelancaran ini, serta teruja dengan pelbagai peluang yang akan dibawa oleh aplikasi ini kepada kelab dan penyokong kami, kami juga berbangga berada bersama beberapa kelab besar di dunia sebagai sebahagian daripada senarai rakan kongsi global Socios.com.”

Advertisements

Alexandre Dreyfus, Ketua Pegawai Eksekutif Chiliz dan Socios.com berkata: “Kami sangat teruja untuk melancarkan JDT Fan Token yang akan memberi para penyokong Harimau Selatan di seluruh dunia cara baharu dan cara menarik untuk berada lebih dekat dengan kelab dan merasai sendiri semangat yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.

“Kami bekerjasama rapat dengan Kelab bagi memberikan makna Fan Polls serta pengalaman dan ganjaran yang menarik. Saya menggalakkan semua penyokong JDT untuk memuat turun aplikasi Socios.com dengan segera dan bersiap sedia untuk pelancaran supaya mereka tidak terlepas peluang ini.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram