Kerinduan Terhadap S. Kunanlan Terubat, Tampil Bersama JDT Lubricants
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kerinduan peminat bola sepak negara terhadap bekas pemain sayap Harimau Malaya, S. Kunanlan terubat baru-baru ini.

Ini selepas bekas pemain berusia 39 tahun itu muncul dalam satu video untuk JDT Lubricants. Kunanlan pada ketika itu pergi ke bengkel JDT Lubricants bagi membolehkan keretanya diselenggara.

“Kunjungan penuh diskresi daripada seorang legenda. Juara mempercayai prestasi yang terbukti. Kini, giliran anda untuk merasainya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemunculan Kunanlan menjadi bualan penyokong di ruang komen JDT Lubricants sejak video tersebut disiarkan.

Seorang peminat bernama Sharifahaini98 mengakui teruja melihat Kunanlan. “Wah, abang Kuna pun ada. Legenda betul ini,” katanya.

Turut senada dengan dia ialah seorang lagi peminat bernama Fitri Abd Majid. “Lama tak nama Encik Kunanlan,” katanya.

Kunanlan pernah mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan Negeri Sembilan FC dalam kariernya. Sepanjang bersama Harimau Selatan, beliau merekodkan 196 penampilan.

Kunanlan pernah menjulang trofi Piala AFC, Liga Super, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia. Beliau juga pernah membantu Malaysia bergelar juara ASEAN Championship 2010 dan pingat emas Sukan SEA 2009.