Khabar baik buat Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berjaya menamatkan penantian panjang sekitar hampir dua tahun pada Rabu.
JDT turun dalam perlawanan timbal balik kedua ASEAN Club Championship (ACC) Shopee Cup menentang musuh tradisi, Buriram United dari Thailand bersama misi untuk melangkah ke final.
Tugas dilihat sukar buat JDT selepas Buriram United memiliki kelebihan agregat dia jaringan hasil kemenangan 3-1 semasa menewaskan Harimau Selatan pada aksi timbal balik pertama lalu.
Malah, rekod pertemuan lalu turut tidak memihak juara Liga Super Malaysia itu memandangkan JDT masih tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan ke atas Buriram United sejak 2024.
Dalam 5 pertemuan sejak 2024, JDT tewas 3 kali dan terikat seri dua kali apabila turun bertemu Buriram United termasuk ketika tewas di laman sendiri pada aksi timbal balik pertama lalu.
Penantian panjang skuad Harimau Selatan itu bagaimanapun berakhir pada aksi separuh akhir kedua Shopee Cup selepas JDT berjaya menumpaskan Buriram United 2-1 setelah tamat 120 minit permainan.
Bergson dan Marcos Guilherme cemerlang menjaringkan gol buat JDT sebelum Kingsley Schindler menyumbat jaringan di minit ke-98 dan keputusan kekal 2-1 memihak JDT sehingga tamat aksi.
Keputusan di Chang Arena tersebut merupakan kemenangan sulung JDT ke atas Buriram United dalam sejarah pertemuan kedua-dua kelab sekaligua mengakhiri penantian panjang ini.
Walaupun menang, JDT terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir di tangan jaguh Thailand ini setelah tumpas secara agregat 4-3 dan terlepas tempat ke pentas final Shopee Cup musim ini.