Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatur aksi persahabatan menentang kelab Thailand, Port FC pada bulan September.
Perkara ini dinyatakan oleh Johor Southern Tigers mengenai dua aksi persahabatan yang bakal diharungi dalam masa terdekat.
Aksi menentang Port dan pasukan kebangsaan Singapura ni penting buat JDT untuk menguji beberapa pemain baharu yang menyertai pasukan.
Skuad Harimau Selatan juga mahu menjadikan aksi ini sebagai persiapan buat pasukan untuk memastikan pemain kekal cergas menjelang sambungan aksi Liga Super pada 13 September 2024.
Aksi menentang Port FC dijadualkan berlangsung pada 4 September di Stadium Sultan Ibrahim dengan penyokong berpeluang untuk masuk secara percuma.
Perlawanan menentang Singapura pula bakal dimainkan pada 7 September di Kallang Football Hub namun hanya secara tertutup.
Dua perlawanan ini juga penting sebagai persediaan buat JDT dalam membentuk skuad terbaik bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) yang bakal bermula pertengahan September ini.
Port FC menjadi wakil Thailand yang beraksi dalam saingan ACL2 musim 2024/25.