Ubi JDT terus bergerak seiring apabila skuad Harimau Selatan Bawah 12 Tahun itu muncul sebagai juara Kejohanan Singa Cup sebentar tadi.
Sebelum skuad B-12 itu layak ke pusingan akhir, mereka telah menewaskan pasukan wakil dari Thailand Anusorn FC dengan kemenangan 4-0 dalam aksi separuh akhir saingan itu.
Manakala, skuad B-12 JDT muncul sebagai juara selepas menewaskan Gators FC 5-0 di perlawanan akhir.
Kejohanan itu telah diadakan di The Cage Sport Park, Singapura yang telah melabuhkan tirai pada hari ini untuk kategori B-12.
Kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh skuad muda JDT membuktikan perancangan untuk meningkatkan kualiti akar umbi di JDT membuahkan hasil yang baik. Ini juga boleh melahirkan ramai lagi bakat baharu pada masa hadapan dalam sukan bola sepak negara.