JDT Bakal Tentukan Nasib Sabah
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi penentu nasib Sabah FC dalam usaha mereka layak ke pentas Piala AFC.

Anak didik Dato’ Ong Kim Swee kini berada pada landasan terbaik untuk ke Asia selepas mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan Sri Pahang 2-1 semalam.

Walau bagaimanapun, beliau menyedari laluan sukar yang bakal ditempuh oleh pasukannya pada perlawanan terakhir Liga Super nanti.

Advertisements

“Saya melihat ianya satu lagi cabaran dan perlawanan yang cukup sengit berdepan JDT.”

“Perlawanan ini penting kerana ia bakla menjadi penentu sama ada layak ke saingan Piala AFC.”

Kim Swee juga melihat persaingan masih lagi kekal terbuka dengan Terengganu dan juga Negeri Sembilan turut mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing semalam.

Advertisements

“Saya percaya penentuannya adalah pada perlawanan terakhir dan sudah pasti kita berdepan cabaran sengit apabila perlu berdepan JDT serta bermain di tempat lawan.”

“Namun, sasaran saya jika kita dapat sebarang mata di Johor nanti, ia amat berharga buat Sabah,” kata bekas jurulatih Harimau Malaya.

Sabah kini berada pada tangga kedua dengan 42 mata, hanya satu mata dipisahkan dengan Terengganu dan juga Negeri Sembilan yang turut berpeluang mara ke pentas AFC musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram