Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa masuk pemain J-League sementara Selangor mendapatkan khidmat pemain Perancis.
Jendela perpindahan kedua Liga Super 2025-26 rancak dengan kebanyakan kelab membawa masuk pemain baharu.
Skuad Harimau Selatan menambah kekuata pasukan dengan membawa pulang beberapa pemain yang dipinjamkan selain mendapatkan sentuhan tonggak Brazil, Marcos Guilherme.
Pemain berusia 31 tahun itu telah melakukan debut pada saingan Piala Malaysia 2025-26 dan berjaya merekodkan dua jaringan ketika menewaskan PDRM dengan keputusan 10-1.
Sementara itu, Selangor FC kendalian Kim Pan-gon turut rancak berbelanja untuk memantapkan pasukan.
Gergasi Merah Kuning telah mendapatkan sentuhan tonggak tengah Perancis-Maghribi, Hugo Boumous.
Pemain berusia 30 tahun itu memiliki pengalaman beraksi di Indian Super League (ISL) bersama kelab Odisha FC dan kini menyertai Selangor secara pinjaman.
Penglibatan Boumous memberi impak besar buat Selangor selepas membantu pasukan Lembah Klang itu untuk layak ke pentas suku akhir Piala Malaysia 2025-26, menewaskan Kelantan The Real Warriors.
Kedua-dua pemain ini dijangka menjadi tunjang penting pasukan masing-masing menjelang baki saingan liga dan kejohanan Asia musim ini.