Advertisement
Pra-Musim 2024: JDT Belasah Kelab Divisyen 3 Sepanyol, Real Murcia
Persahabatan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan divisyen tiga Sepanyol, Real Murcia CF.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nueva Condomina itu menyaksikan Hector Bidoglio melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan daripada aksi menentang Lion City Sailors tempoh hari.

Antara watak penting yang kekal membarisi kesebelasan utama termasuklah Arif Aiman, Syihan Hszmi, Matthew Davies dengan beberapa pemain import baharu terus diberi peluang beraksi.

Permulaan aksi berlangsung cukup baik dalam 15 minit pertama apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.

JDT bagaimanapun tidak berdepan masalah apabila memerlukan tiga minit apabila perancang tengah kelahiran Syria, Jalil Elias menjaringkan gol pertama perlawanan.

Pemain sayap sensasi negara, Arif Aiman Hanapi menambah jaringan Harimau Selatan apabila meledak gol kedua pada minit ke-14.

Usaha gigih yang dilakukan oleh anak didik Gustavo Munua tidak membuahkan hasil selepas kekebalan benteng pertahanan JDT yang diketuai oleh Jordi Amat menghalang setiap percubaan.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan menambah kudrat untuk meraih keputusan lebih baik.

Hal ini membuahkan hasil apabila JDT berjaya merobek sekali lagi gawang Real Murcia menerusi perancang tengah berbakat, Chico Geraldes memasuki minit ke-72 permainan.

Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan apabila tuan rumah gagal menjaringkan sebarang gol.

Aksi JDT dan Real Murcia tamat dengan keputusan 3-0 memihak skuad Harimau Selatan.