Advertisement
JDT Beraksi Di ‘Liga Petani’? Ini Pandangan Tunku Ismail
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberikan respon mengenai kata-kata JDT beraksi di Liga Petani.

Pada awalnya, DYAM Tunku Ismail memberi jawapan balas kepada satu kenyataan oleh Pengendali Manchester City, Pep Guardiola yang menganggap bahawa mustahil untuk sesebuah pasukan kekal konsisten selama 10 tahun.

Namun begitu, terdapat tanggapan bahawa skuad Harimau Selatan beraksi di liga yang tidak sesuai dengan kekuatan pasukan yang sudah jauh meninggalkan pasukan lain.

Baginda dalam satu kenyataan menjawab tuduhan tersebut sambil membuktikan bahawa JDT berjaya mengecapi kejayaan pada pentas Asia dan dunia berbekalkan perjuangan dari Liga Super Malaysia.

DYAM Tunku Ismail melihat kejayaan seperti kedudukan JDT di Asia serta pelbagai perkara lain terutamanya dari segi kemajuan infrastruktur sudah cukup untuk membuktikan tahap pasukannya ketika ini.

“Saya suka liga petani ini. Kelab kecil dari Johor ini adalah No.1 di Asia Tenggara, No.5 di Asia, mempunyai infrastruktur bola sepak terbaik di Asia, mempunyai akademi kelab bertauliah AFC.

“Akhir sekali, JDT diiktiraf oleh FIFA, AFC dan individu yang berjaya dalam industri bola sepak dunia. Tidak buruk untuk kelab dari liga petani,” kata baginda dalam satu hantaran di laman X.

JDT berjaya mengekalkan kejuaraan 4 trofi domestik bagi dua musim berturut-turut selain menjadi wakil tunggal Malaysia dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) muism ini.

JDT juga merupakan kelab terbaik Malaysia dan Asia Tenggara sekaligus meletakkan penanda aras tinggi buat bola sepak negara untuk terus berkembang.