JDT Beri Penghargaan Tertinggi Kepada Arif Aiman
Liga Super
MFL/Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan penghargaan tertinggi kepada pemain sayap pasukan, Arif Aiman Hanapi.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama pasukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah pun meraih pelbagai kejayaan pada peringkat domestik.

Beliau yang memulakan kariernya dari JDT IV kini dijadikan ikon sebagai panduan buat para pemain muda yang bermula dengan proses yang sama seperti pemain tersebut.

Advertisements

Menerusi satu hantaran oleh laman Johor Souhtern Tigers, JDT telah melakukan beberapa penambahbaikan pada fasiliti yang digunakan oleh JDT IV.

 “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menambah baik fasiliti di Stadium Majlis Perbadanan Kulai untuk menjadi gelanggang yang lebih selesa bagi pasukan Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV) sebagai gelanggang rasmi perlawanan Piala Belia 2024.

Advertisements

Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuklah penyediaan mural yang memaparkan wajah Arif Aiman yang menjadi inspirasi kepada pemain muda JDT yang lain.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah grandstand yang lebih segar dengan cat baharu, lampu limpah, permukaan padang yang baik serta mural ‘Home of JDT IV’ yang disertakan gambar Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023, Arif Aiman Hanapi,” ujar laman Johor Southern Tigers.

Advertisements

Arif juga sudah pun merangkul pelbagai kejayaan peribadi dalam saingan domestik bersama skuad senior Harimau Selatan dan menggondol beberapa anugerah seperti Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (MVP) sebanyak tiga kali (2021,2022 dan 2023).

Beliau juga pernah memenangi Anugerah Penyerang Terbaik (2021/2022), Pemain Masa Depan 2021/2022 dan juga penjaring gol terbaik Liga M sebanyak 12 gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram