JDT Dapat 3 Tonik Tambahan Hadapi Terengganu
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat tiga tonik tambahan berdepan Terengganu.

Skuad kendalian Hector Bidoglio tidak tewas dalam mana-mana perlawanan musim ini termasuklah ketika merekodkan kemenangan 2-1 di Darul Aman.

Ad

Skuad Peteh juga mengekalkan rekod sama selepas 8 perlawanan musim ini sekaligus menyaksikan aksi ini menjadi tumpuan.

Ad

JDT bagaimanapun memiliki beberapa kelebihan menentang anak didik Tomislav Steinbruckner di laman sendiri.

Kepulangan beberapa pemain yang mengalami kecederaan seperti Fernando Forestieri dan Shane Lowry yang sudah pun menjalani latihan memberi kegembiraan kepada penyokong.

Ad

Pemain-pemain lain juga turut menjalani latihan seperti Jalil Elias, Chico Geraldes, Bergson, Romel Morales dan lain-lain sekaligus memiliki skuad terbaik di laman sendiri.

Ad

Skuad Harimau Selatan juga sudah pasti mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri di hadapan puluhan ribu penyokong setia pasukan.

Ad

JDT memegang rekod pertemuan baik apabila mencatatkan semua kemenangan ke atas Terengganu dalam 6 pertemuan terakhir.

Aksi JDT dan Terengganu akan berlangsung pada 26 Julai 2024 jam 8:15 malam di Stadium Sultan Ibrahim.