JDT Dinobatkan Kelab Ke-15 Terbaik Asia Oleh IFFHS
Dunia
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Advertisements

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada pada kedudukan ke-15 kelab terbaik di Asia bagi tahun 2022.

Peningkatan mendadak yang direkodkan oleh skuad Harimau Selatan ini bertitik tolak daripada aksi cemerlang yang ditampilkan dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lalu.

Ini susulan pengumuman daripada Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS) telah menyenaraikan 500 pasukan terbaik daripada kelab bola sepak lelaki dunia tahun 2022.

Advertisements

Kelab terbaik di dunia bagi tahun lalu menurut IFFHS ialah CR Flamengo, kelab dari Serie A Brazil setelah berjaya menggondol dua kejuaraan iaitu Copa do Brazil 2022 dan Copa Libertadores.

Bagi Asia pula, Jeonbuk Hyundai Motors, kelab dari K.League merangkul kelab terbaik di Asia dan menduduki tempat ke-42 dunia.

Advertisements

JDT pula mencipta sejarah apabila menduduki tangga ke-15 di Asia dan 250 di dunia.

Prestasi memberangsangkan ini sudah tentu mahu ditambah baik dan perjalanan aksi dalam pentas berprestij bola sepak Asia sudah tentu mahu diteruskan bagi merekod satu lagi pencapaian luar biasa buat bola sepak Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram