Advertising
JDT Hadapi 5 Cabaran Besar Bulan Februari
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan lima cabaran besar menjelang Februari ini.

1 Februari menyaksikan Harimau Selatan bakal melayan kunjungan Terengganu FC untuk aksi separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia.

Aksi ini bakal menentukan siapa pasukan yang bakal mara ke final. JDT yang juga juara bertahan memiliki kelebihan empat gol selepas meraih kemenangan 4-0 dalam aksi separuh akhir pertama.

Ad

Ini disusuli aksi Liga Super menentang PDRM FC pada 5 Februari. Selepas berjaya merantai JDT di Selayang pada 31 Julai 2024, juara MFL Challenge Cup 2023 itu mahu mengulangi perkara sama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Ad

Anak buah Hector Bidoglio kemudiannya berdepan dua aksi terakhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Mereka akan berdepan juara Piala AFC 2023/24, Central Coast Mariners pada 11 Februari.

Ini disusuli aksi terakhir menentang juara Korean FA Cup, Pohang Steelers pada 18 Februari. Kemenangan dalam salah satu aksi berpotensi membawa Harimau Selatan layak ke pusingan seterusnya.

Ad
Ad

Akhir sekali, Perak FC bakal menjadi lawan Liga Super JDT di SSI pada 27 Februari. Perak dijangka mahu menebus kekecewaan dibelasah 5-0 oleh lawan sama pada 10 November lalu.

The Bos Gaurus kembali mendapat keyakinan apabila membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 5-0 baru-baru ini.