JDT Hadiahkan Wang Kemenangan Liga Super Kepada Petugas Barisan Hadapan
Dunia
Instagram: @mfl_my
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baru sahaja menjulang kejuaraan Liga Super buat musim kelapan berturut-turut telah dedikasikan kejayaan tersebut kepada seluruh petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus ketika pandemik COVID-19 melanda negara ketika ini.

Selain itu, ini juga merupakan salah satu cara untuk membuktikan penghargaan kepada segala kudrat yang telah dikerah dan juga usaha para petugas yang memberikan sepenuh hati bagi memulihkan keadaan negara daripada kemelut ini.

Skuad kendalian Benjamin Mora ini juga melaksanakan inisiatif untuk membantu barisan hadapan dengan menghulurkan sumbangan yang telah dimaklumkan menerusi lama rasmi di Instagram @officialjohor.

Advertisements

Menurut penjelasan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ), pasukan JDT telah diminta untuk menyumbangkan kesemua wang kemenangan Liga Super musim ini kepada barisan hadapan negara.

Baca: Paralimpik 2020: Hasrat Wiro Julin Dapatkan Emas Tidak Kesampaian

Tindakan sedemikian bukanlah kali pertama dilakukan oleh pasukan Harimau Selatan dan juga TMJ malah sebelum ini, para pemain JDT telah pun bersetuju untuk mengambil potongan gaji bagi disumbangkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Advertisements

Usaha ini bagi membantu untuk meringankan beban merek yang terjejas disebabkan penularan wabak COVID-19 ketika itu.

Ini secara tidak langsung menjadikan usaha yang dilakukan ini bakal memberi manfaat yang cukup besar buat golongan yang bekerja keras bagi menjamin kemakmuran dan keamanan negara tercinta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram