JDT & Hector Bidoglio Berpisah
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih, Hector Bidoglio.

Menerusi sebuah hantaran di media sosial Johor Southern Tigers, pihak kelab mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan Hector Bidoglio sepanjang bersama JDT sejak 2022 lagi.

“JDT mengucapkan terima kasih kepada Hector Bidoglio atas komitmen tidak berbelah bahagi dan khidmat yang diberikan kepada kelab sejak menjadi sebahagian daripada keluarga JDT pada 2022.”

Untuk rekod, Bidoglio tiba di JDT selaku ketua jurulatih pada musim 2022 sebelum memegang peranan Pengarah Teknikal setahun kemudian dan kembali membimbing pasukan ketika musim 2024-2025.

Antara kejayaan yang dimenangi oleh Bidoglio bersama JDT adalah dua gelaran Liga Super Malaysia, dua Piala FA, dua Piala Malaysia dan satu Piala Sumbangsih selain kekal tanpa tewas dalam semua pertandingan domestik.

JDT turut memaklumkan pengganti Hector Bidoglio ini bakal diumumkan tidak lama lagi dalam usaha juara Liga Super 11 kali itu untuk meningkatkan standard kelab dan meneruskan tradisi memenangi piala.