Menerusi kenyataan terbaru Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, 4 pemain baru bakal dibawa masuk ke Johor Darul Ta’zim.
Menurutnya 3 daripadanya merupakan pemain import dan salah seorang darinya adalah pemain tempatan.
“Berhubung dengan pemain baharu, kelab telah mengenalpasti empat pemain baru — tiga pemain luar negara dan hanya seorang pemain tempatan. JDT juga akan mengekalkan kesemua pemain-pemain tempatan dan luar negara dalam skuad senior semasa. Tiga pemain dari JDT II juga akan dinaikkan pangkat ke pasukan senior.
“DYAM Tunku Mahkota Johor turut bertitah bahawa pembinaan fasa pertama Pusat Latihan JDT yang baharu di Iskandar Puteri akan tertunda ekoran kekangan kewangan yang disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa di Malaysia.
“JDT akan memberikan maklumat-maklumat lanjut berkaitan kelab dalam masa yang terdekat,” jelas Alistair Edwards di Johor Southern Tigers.
Selain itu, Alistair Edwards turut menjelaskan bahawa JDT akan melantik seorang bekas anggota tentera sebagai Ketua Keselamatan Stadium untuk menyelia kesemua perkara berkaitan keselamatan, termasuk mengurus dan melatih para marshal.