Ads
JDT Kini Kelab Ke-4 Terbaik Asia Timur
Asia
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menjadi kelab ke-4 terbaik di Asia Timur.

Advertisements

Skuad kendalian Hector Bidoglio memperagakan persembahan memukau untuk mengikat jaguh China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2 pada aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE).

Advertisements

Keputusan itu menyaksikan pasukan Harimau Selatan masih mengekalkan rekod tidak tewas dalam mana-mana kejohanan setakat ini.

Advertisements
Advertisements

JDT terus mencatatkan kemajuan dalam ranking kelqh di Asia apabila kini menghuni tangga ke-7 dengan 77.6 mata selain menghuni tangga ke-260 dunia berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst.

Bukan itu sahaja, JDT juga berjaya menghampiri kedudukan beberapa pasukan gergasi dan menjadi pasukan ke-4 terbaik di Asia Timur ketika ini.

Advertisements

Kedudukan ini menyaksikan Sanfrecce Hiroshima menjadi kelab terbaik Asia Timur (ke-3 Asia) disusuli oleh Vissel Kobe dan juga Ulsan HD.

Dominasi JDT berterusan apabila menjadi kelab Asia Tenggara terbaik dan jauh meninggalkan kedudukan jaguh Thailand, Buriram United di tangga ke-38 Asia.

Advertisements

Ujian berikutnya buat juara Piala FA 2024 itu adalah menentang Kelantan Darul Naim sebelum berdepan jaguh China, Shanghai Shenhua pada 1 Oktober.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram