Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, Luis Garcia berkuat kuasa 1 April ini.
Pelantikan ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman Johor Southern Tigers yang menyaksikan Luis Garcia akan bergelar CEO kelab juara Liga Super 11 kali bermula pada 1 April 2025.
Menurut kenyataan kelab, pelantikan Luis Garcia ini adalah disebabkan oleh penstrukturan yang dilakukan oleh skuad JDT dalam usaha mengukuhkan kepakaran dalam bidang pengurusan.
Penstrukturan semula itu juga melihatkan Alistair Edwards kini menggalas 2 peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu dan Pengarah Teknikal kelab seperti mana sebelum ini.
Untuk rekod, Luis Garcia yang juga bekas pemain Barcelona, Liverpool serta Atletico Madrid adalah pemegang Lesen Pro UEFA bahkan memiliki Sarjana Eksekutif UEFA untuk Pemain Antarabangsa
Selepas bersara pada tahun 2016, Garcia berkhidmat selaku penganalisis bola sepak di Sepanyol dan juga England selain berperanan sebagai duta untuk FIFA, UEFA serta LaLiga.