Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan jurulatih baharu dari Sepanyol, Xisco Munoz.
Pengumuman besar ini dibuat menerusi sebuah hantaran di laman Johor Southern Tigers yang memperkenalkan Xisco Munoz selaku pengendali baharu pasukan Harimau Selatan itu.
”Dari Sepanyol ke England, dan kini ke Johor. Xisco Munoz adalah jurulatih baharu JDT,” umum pihak kelab.
Untuk rekod, Munoz pernah mengendalikan beberapa kelab terkemuka di England dan juga Sepanyol antaranya Watford FC, SD Huesca serta Sheffield Wednesday.
Kelab terakhir yang dibimbing Munoz adalah DAC Dunajska Streda yang bersaing di liga tertinggi Slovakia selama satu tahun sebelum mengambil haluan berbeza pada November 2024.
Munoz bakal mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh jurulatih JDT terdahulu, Hector Bidoglio yang umum tidak membimbing lagi skuad Juara Liga Super pada Mei lalu.