JDT Lantik Pakar Nutrisi Dari Argentina
Dunia
MakanBola
johor southern tigers
Advertisements

Juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengatur langkah bagi mengukuhkan kedudukan pasukan apabila melantik seorang pakar nutrisi kelab yang baharu.

Menerusi satu kenyataan oleh laman rasmi pasukan Johor Southern Tigers, Vanesa Soledad Rotondi telah menjadi pilihan untuk menggalas tugas yang berkaitan hal ehwal pemakanan di kelab tersebut.

Advertisements

Rotondi yang juga merupakan bekas pakar nutrisi yang berkhidmat bersama salah sebuah kelab gergasi di Argentina iaitu Boca Juniors akan bertindak untuk menyelia diet dan juga nutrisi para pemain di JDT.

Usaha ini juga termasuklah bagi menyediakan pelan pemakanan individu selain membekalkan nutrisi mengikut keperluan para pemain dari semasa ke semasa.

Advertisements

Langkah ini juga menunjukkan bahawa JDT bukan sahaja menitikberatkan aspek-aspek seperti fasiliti bola sepak dan latihan yang berkualiti semata-mata malah turut menekankan kepentingan terhadap peranan sains sukan.

Ini juga merupakan satu tindakan yang diambil bagi memastikan para pemain mampu untuk memberikan aksi yang terbaik di atas padang terutamanya di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Advertisements

News Comments Account