Advertisements
JDT Lepaskan Syihan Hazmi Bersebab
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki sebab untuk melepaskan penjaga gol, Syihan Hazmi untuk kekal membantu Harimau Malaya.

Skuad kendalian Pau Marti berjaya menewaskan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1 di Stadium PAT, Thailand.

Ujian berdepan India di Hyberabad diteruskan tanpa kelibat tiga tonggak JDT iaitu Arif Aiman, Matthew Davies dan juga Feroz Baharudin yang pulang ke pangkuan kelab lebih awal.

“Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi telah pun dilepaskan pulang ke tanah air berikutan permohonan daripada kelab mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Ia susulan jadual dikeluarkan Malaysian Football League (MFL) yang menetapkan perlawanan pertama Pusingan 16, Unifi Piala Malaysia 2024-2025 bagi JDT bertemu Kuala Lumpur Rovers FC pada Rabu, 20 November 2024,” ujar kenyataan FAM.

JDT dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pasukan membenarkan Syihan untuk kekal membantu pasukan negara bersebab.

“Kami telah mencapai kata sepakat bersama skuad Harimau Malaya agar penjaga gol, Syihan Hazmi kekal bersama skuad kebangsaan kerana Harimau Selatan telah menggunakan khidmat Andoni Zubiaurre di ACLE setakat ini.

“Kami berbesar hati dengan Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyokong kempen kami di ACLE dan JDT akan terus menyokong aspirasi Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2027,” jelas kenyataan CEO JDT, Alistair Edwards.

Harimau Malaya akan bertemu India pada 18 November di Hyderabad setelah menewaskan lawan sama dengan keputusan 4-2 di Bukit Jalil tahun lalu.