JDT Mudah ‘Ratah’ Skuad Muda Barcelona
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi terbaru Singapore Youth League (SYL) menyaksikan skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencipta sensasi dengan menewaskan pasukan muda Barcelona.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Woodlands, Singapura itu menyaksikan JDT Bawah 15 Tahun (B-15) sukar digugat pihak lawan.

JDT kekal unggul selepas lapan perlawanan apabila merekodkan kemenangan kelapan berturut-turut dalam Kumpulan B B-15 SYL hari ini.

Advertisements

Pasukan Barca Academy B-15 tiada jawapan kepada ketajaman serangan yang dipamerkan Harimau Selatan. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 3-0 buat JDT B-15.

Kemenangan ini memastikan pasukan muda Harimau Selatan kekal menerajui Kumpulan B B-15 SYL dengan 24 mata selepas lapan perlawanan.

Pasukan itu diekori rapat Geylang International B-15 yang merekodkan 21 mata. Pasukan itu melakar kemenangan besar 20-0 ke atas FFA Academy dalam perlawanan awal hari ini.

Advertisements

JDT dijangka berselera besar untuk menambah koleksi gol dalam kumpulan. Sebelum ini, mereka pernah menewaskan Tasek Sailors 19-0 dan Woodlands Lions 24-0.

JDT berpeluang melebarkan lagi kelebihan di persada kumpulan dengan menentang FFA Academy pada 27 April di Stadium Woodlands.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram