Skuad Muda JDT Malukan Tasek Sailors East 19-0
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Skuad muda JDT terus mempamerkan bisa dalam aksi Singapore Youth League apabila membelasah Tasek Sailors East dengan keputusan 19-0.

Perlawanan yang melibatkan pasukan b-15 JDT itu menunjukkan kualiti pemain muda pasukan yang kini berada dalam kelas tersendiri.

Skuad muda Harimau Selatan berjaya melonjakkan nama dan prestasi pasukan untuk mencatatkan 19 jaringan tanpa balas.

Advertisements

Liga yang dianjurkan hasil inisiatif di bawah Unleash the Roar (UTR) projek bola sepak kebangsaan merupakan pertandingan bola sepak belia elit sulung di seluruh negara.

Kejohnanan ini menampilkan lebih 200 pasukan berdaftar daripada 52 kelab dan akademi merentasi pelbagai peringkat umur. 

Antara pasukan yang mengambil bahagian termasuk Persatuan Bola Sepak St Michaels, Akademi Bola Sepak Flair, Lion City Sailors Liga Perdana Singapura, dan pasukan jemputan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Malaysia.

Advertisements

Sebelum ini, JDT b-15 berjaya mencipta kemenangan besar 24-0 ketika berdepan Woodland Lions U15 sekaligus memberikan kegembiraan berganda buat pasukan. 

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 24 Februari 2024 hingga 1 Disember 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram