JDT Penyumbang Utama Faktor Kehadiran Penyokong Tertinggi Di Tempat Lawan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi penyumbang utama kepada faktor kehadiran penyokong tertinggi apabila pasukan turun beraksi di gelanggang lawan.

Pasukan milik DYAM TMJ sudah mengesahkan kejuaraan sedekad Liga Super pada tahun ini termasuklah mengulangi pencapaian tahun lalu apabila merangkul ‘double quadruple’ pada tahun ini.

Skuad Harimau Selatan berjaya menyumbang kepada faktor terbesar untuk meningkatkan jumlah kehadiran penonton yang hadir ke stadium bagi menyaksikan pertembungan antara pasukan tuan rumah menentang JDT.

Advertisements

Menerusi pengkalan data yang dikumpul oleh Syafiq Freman untuk MakanBola, JDT berada di tangga pertama sebagai faktor yang menyumbang kepada jualan tiket tertinggi di tempat lawan iaitu sebanyak lima kali.

Aksi berdepan Negeri Sembilan di Stadium Paroi (6 Mac 2023) merekodkan jumlah kehadiran tertinggi ketika JDT beraksi di laman lawan iaitu seramai 15,427 Ribu orang penonton.

Stadium Likas juga memberikan sambutan hangat buat JDT apabila seramai 15,203 Ribu penyokong hadir bagu menyaksikan aksi The Rhinos berdepan JDT pada 9 Ogos 2023.

Advertisements

Tiga lagi aksi melibatkan pertembungan berdepan Selangor di Stadium MBPJ (14, 462 Ribu), KL City di Stadium Cheras) (6,847 Ribu) dan juga Penang di Stadium Bandaraya pada 3 Jun 2023 iaitu seramai 6,051 penonton.

Pada musim ini, JDT berjaya merekodkan 25 kemenangan dan satu seri daripada 26 aksi yang diharungi sementara menjaringkan 100 gol untuk memecahkan rekod jaringan di Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram