Advertisement
“JDT Perlu Risaukan Kami” – Jasir Asani
ACL
MakanBola
K League

Pemain bintang Gwangju FC, Jasir Asani merasakan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah pasukan yang perlu risau menjelang aksi kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) pada esok (22 Oktober).

Bintang antarabangsa Albania itu turut menzahirkan keyakinan untuk menewaskan JDT dengan persiapan sudah pun diatur rapi dalam sesi latihan.

“Dalam sesi latihan lepas, kami memberi tumpuan untuk memperbaiki keadaan kami. Kami bersedia dengan keazaman untuk memenangi perlawanan menentang Johor tanpa syarat.

“Yang penting ialah sejauh mana kami menunjukkan kepada anda apa yang telah kami siapkan. Jika kalian menonton perlawanan kami, Johor (JDT) yang patut risau,” luah Jasir Asani dalam sidang media pra perlawanan yang disiarkan Maeil.

Gwangju kini berada di dalam keadaan yang selesa bagi saingan ACLE selepas memenangi dua perlawanan awal sebelum ini dan merupakan satu-satunya pasukan yang mengekalkan 100 peratus kemenangan.

Lebih mengejutkan, Gwangju mencipta kejutan dengan membelasah gergasi Jepun, Yokohama F. Marinos 7-3 pada 17 September lalu. Ini disusuli dengan satu lagi kemenangan ke atas Kawasaki Frontale 1-0 pada 1 Oktober lalu.

Berbeza dengan JDT yang merekodkan satu kemenangan dan satu keputusan seri daripada dua aksi yang telah dilalui.