Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggalkan jauh kedudukan kelab England, Watford FC.
Juara bertahan Liga Super Malaysia itu kini bakal mengharungi aksi final Piala FA 2024 menentang Selangor FC pada 24 Ogos 2024.
Watford pula ketika ini beraksi dalam kancah Championship bagi musim 2024/25 dan menghuni tangga ketiga ketika ini.
Kemas kini oleh laman Opta Analyst menyaksikan skuad Harimau Selatan meninggalkan jauh kedudukan Watford dalam ranking kelab dunia.
Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Jdt kini mengumpul 77.8 mata sekaligus menyaksikan kedudukan JDT naik ke tangga 10 di Asia berbanding ke-14 tempoh hari.
Kedudukan JDT dalam ranking kelab dunia terus meningkat apabila berada di tangga ke-287 dunia berdasarkan ranking semasa.
Kemajuan ini membolehkan JDT meninggalkan kedudukan beberapa kelab terkemuka di dunia seperti Watford (288), Swansea City (291) dan Granada (300).
Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor ini terus mengukuhkan langkah sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara diikuti oleh Buriram United.
JDT bakal mewakili Malaysia dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) yang bakal bermula September ini.