Advertisements
JDT Pintas Ranking Kelab Ligue 1, AS Saint-Étienne
Asia
MakanBola
JST/ASSE

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila memintas kedudukan kelab Ligue 1, AS Saint-Étienne.

Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan kemenangan kedua dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) apabila menundukkan juara K-League 1, Ulsan HD dengan keputusan 3-0.

Kemenangan berharga itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengukuhkan kedudukan selaku pasukan ke-5 terbaik di Asia berdasarkan laman Opta Analyst.

JDT juga terus memperbaiki kedududkan ranking kelab dunia apabila mencatatkan peningkatan mendadak yang membolehkan juara bertahan Liga Super Malaysia itu memintas beberapa kelab ternama dunia.

Kemas kini terbaru menyaksikan JDT yang mengumpul 80.6 mata kini menghuni tangga ke-220 dunia dan berjaya memintas kedudukan Saint-Étienne yang berada di tangga 221 dunia.

Beberapa kelab terkemuka Eropah lain seperti CSKA Moskva (230), New York RB (233), Bristol City (251) dan Watford (262) turut berjaya dipintas oleh JDT ketika ini.

JDT juga terus unggul selaku kelab terbaik di Asia Tenggara dan juga Malaysia susulan prestasi cemerlang selain menjadi penyumbang AFC MA Ranking tertinggi buat Malaysia.

Pungutan mata tambahan ini membantu Malaysia untuk memintas kedudukan Australia dan berada pada kedudukan ke-5 negara di Zon Asia Timur.

Ujian berikutnya buat JDT adalah aksi di tempat lawan menentang wakil China, Shandong Taishan pada 26 November.